tADIKA islam
Uni PINTAR
(5-6 tahun)
Tadika Islam Uni Pintar dibuka kepada anak-anak berumur 5 dan 6 tahun. Program tadika kami, disusun khas bagi memupuk individu yang berdikari dan berusaha kuat dalam segala apa yang mereka lakukan. Bagi menyediakan dan mempermudahkan proses ke sekolah rendah nanti, anak-anak Tadika Uni Pintar dididik supaya apabila sekolah bermula, in shaa Allah, mereka sudah mula belajar membaca, mengira, menulis, mengenal dan memahami. Kami juga mengutamakan pendidikan yang bukan sahaja membina kapasity serta kebolehan berfikir dengan baik, tetapi juga membentuk individu-individu yang lebih bijak membuat keputusan dan taat menjalankan perintah Allah dalam hidup mereka sehari-hari.
Bahasa Inggeris - bahasa arab
Matematik - Al-Quran
Sains - iqra
Pendidikan Jasmani - amali solat 5 waktu
Seni Kreatif - hafazan doa-doa harian
Kelas Cepat Membaca - hafazan ayat
Bercerita - jawi
- Tadika bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.
- Matapelajaran Asas
Bahasa Inggeris - bahasa arab
Matematik - Al-Quran
Sains - iqra
Pendidikan Jasmani - amali solat 5 waktu
Seni Kreatif - hafazan doa-doa harian
Kelas Cepat Membaca - hafazan ayat
Bercerita - jawi
TASKA
U PINTAR
(3 - 4 tahun)
Bagi anak-anak yang diantara umur 3 hingga 4 tahun, kami di Taska U Pintar mengamalkan pendidikan yang lebih bertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang membina kemahiran social, kemahiran awal matematik dan awal literasi, merangsang minda dan meningkatkan perasaan ingin tahu yang tinggi disamping membina sosioemosi yang ceria, tenang dan terancang. Aktiviti Taska adalah bertumpu kepada kaedah aktiviti berkumpulan bersama guru2 taska. Menyedari naluri kanak-kanak yang suka bermain, bereksperimen dan sikap ingin tahu yang tinggi, maka aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah berlandaskan kurikulum PERMATA Negara.
PROGRAM PINTAR (Taska)
PROGRAM PINTAR (Taska)
- Mengaji Pintar
- Kedai Pintar (Belajar mengira menggunakan wang palsu dan belajar berinteraksi)
- Dapur Pintar (Belajar memasak/menjaga keselamatan di dapur/menjaga kebersihan)
- Membaca Pintar (Memupuk minat membaca dan mengajar abjad)
- Peribadi Pintar (Kelas pendidikan adab di dalam Islam mengikut sunnah Rasulullah saw)
- Solat Pintar (Kelas amali solat 5 waktu)
- Nasyid Pintar (Belajar menyanyi lagu-lagu dan zikir-zikir yang memuji Allah swt dan sebagainya)
taman ASUHAN
U PINTAR
(0-2 tahun)
- Menyediakan perkhidmatan penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak bermula jam 6:30 am hingga jam 6:30 pm pada setiap hari bekerja Isnin hingga Jumaat dan sehingga jam 02:00 pm pada hari Sabtu.
- Makanan disediakan oleh pihak TASKA. Makanan disediakan 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Makanan disediakan berdasarkan menu yang dirancang dan seimbang serta berkhasiat.
- Menguruskan kebersihan kanak-kanak termasuk menukar lampin, buang air kecil dan besar ( toilet training ), mandi serta menukar pakaian.
- Mengasuh bayi dan kanak-kanak serta memberi susu pada waktu yang ditetapkan termasuk menyediakan kemudahan ruang penyusuan dibilik penyusuan khas untuk menyusukan bayi. Susu disediakan oleh ibubapa/penjaga bayi atau kanak-kanak tersebut.
- Menyediakan ruang tidur yang selesa untuk kanak-kanak berehat.
- Mengawasi pergerakan dan keselamatan kanak-kanak.
- Menjalani aktiviti mengikut Pendekatan Bertema ( Thematic Approach ) dan Perkembangan menyeluruh yang merangkumi Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian, Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal, Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik, Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran, Perkembangan Fizikal dan Psikomoto serta Perkembangan Kreativiti dan Estetika sepertimana yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
transit
U PINTAR
Perkhidmatan Transit bagi anak2 sekolah rendah juga ada disediakan.
Aktiviti waktu transit :
Aktiviti waktu transit :
- Menjaga waktu solat
- Kelas mengaji
- Membaca (sudut bacaan ada disediakan)
- Bermain permainan binaan seperti LEGO dan lain-lain lagi.