ASSALAMUALAIKUM...
Selamat datang ke laman web U PINTAR. Sejak ditubuhkan, U PINTAR, sehingga kini masih giat di dalam usaha menyediakan kemudahan didikan dan asuhan buat anak-anak di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pengasingan anak di dan disetiap premis cawangan, adalah mengikut tahap umur bagi menjamin perkembangan yang berkesan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan juga memberi impak yang positif kepada perkembangan yang menyeluruh kanak-kanak. Ini adalah bagi menjamin agar kualiti perkhidmatan dan pengasuhan yang unggul terlaksana.
Berpandukan sistem pembelajaran Islami, penerapan asas pendidikan Islam seperti hafazan surah-surah lazim, hadis dan bacaan doa harian juga sunnah Nabi amat dititikberatkan, sekali gus menjadikan pengasuhan dan pendidikan lebih mudah dan berkesan . Kami di U Pintar mendidik anak-anak asuhan kami agar mereka boleh berdikari dan berjati diri, bijak mengurus masa serta cerdik berketrampilan, mahir berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa dengan penuh adab. Adalah niat dan doa kami sentiasa agar anak-anak U Pintar menjadi individu yang Bertakwa, Berilmu dan Cemerlang. |
HUBUNGI KAMITADIKA ISLAM UNI PINTAR
NO 1, JALAN INDAH 3/6, TAMAN PUCHONG INDAH, 47100 PUCHONG, SELANGOR. NO. TELEFON PEJABAT : 03-89591234 019-3701234 010-2345460 WAKTU PEJABAT : 9.30 pagi - 5.30 ptng |