Permulaan yang serba sederhana
Pembabitan awal dalam mengusahakan Taska dan Tadika bermula pada tahun 2001. Berbekalkan keinginan dan tekad untuk berniaga sambil beramal, bermulalah perancangan untuk membuka sebuah pusat asuhan yang bukan saja bakal mengasuh dan mendidik anak-anak dengan baik, tetapi juga menyediakan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan.
Dengan menyediakan kemudahan yang selesa serta selamat untuk anak-anak, maka Puan Azah, membuka tadika dan taska pertamanya dengan nama Tadika dan Taska Mawaddah yang telah memulakan operasinya pada 13 Jun 2001 bertempat di Puchong Indah Selangor. Bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat, Taska dan Tadika ini terus melebarkan sayapnya dengan menambah cawangan operasi di Kota Perdana Seri Kembangan pada tahun 2002 seterusnya membuka cawangan di Pinggiran Putra Seri Kembangan pada tahun 2004. Tadika ini juga menyediakan tempat didikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun sebagai persediaan memasuki alam persekolahan sebenar. Manakala Taska pula menyediakan ruang pendidikan bagi perkembangan awal kanak-kanak melalui aktiviti terancang.
Bermula pada 1 Januari 2015, pihak Pengurusan telah melakukan penyusunan semula struktur organisasi dan melakukan penjenamaan semula Taska dan Tadika dengan nama Taska dan Tadika U Pintar. Penjenamaan semula dilaksanakan bagi mengikut perkembangan zaman yang semakin beredar sekaligus juga membina identiti yang lebih menjurus kepada pendidikan Islam yang lebih tradisional melalui system pembelajaran yang terkini.

|
PENGUSAHA tadika ISLAM UNI PINTARpuan azah junaidah md. shah |
Puan Azah Junaidah adalah seorang Isteri dan juga ibu kepada 7 orang anak. Bermula kisah penubuhan Taska pertama, pada tahun 2001 dan terus berkembang sehingga kini, sudah 16 tahun Puan Azah berkecimpung di dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
Sebagai seorang pengusaha yang berwawasan, adalah menjadi keinginan Puan Azah agar pusat Asuhan, Taska dan Tadika yang diusahakan, dapat melahirkan insan pewaris masa hadapan yang berketrampilan, berkeperibadian dan mampu menerapkan nilai-nilai anak-anak yang soleh dan solehah. Aktiviti-aktiviti pembelajaran juga menitik beratkan faktor keselamatan dan keselesaan anak-anak tanpa perlu membebankan ibu bapa dengan bebanan perbelanjaan yang tinggi. Beliau merupakan pemegang Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak dan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak disamping banyak menyertai pelbagai jenis kursus berkaitan perkembangan kanak-kanak yang dianjurkan oleh pelbagai agensi berkaitan. Beliau pernah dijemput sebagai Penceramah sambilan di Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim Perak. Beliau berhasrat untuk terus menjadi ahli komuniti yang aktif dalam menyediakan pilihan pendidikan awal kanak-kanak yang bermutu serta Islami buat anak-anak diawal usia pembelajaran. |
|
|
U PINTAR
Copyright 2016
This text is to help your site visitors with pressing questions.